Wednesday, 3 May 2017

Nasi Ambeng



Nasi Ambeng 
-



Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas dulang dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk yang disajikan bersama adalah  ikan asin goreng, sambal gorengtempe goreng, serundeng , mi goreng,ayam , dan rendang daging
Nasi ambeng berdulang ini boleh dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa.
Nasi ambeng juga popular di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang. Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kecapmi goreng, dan sambal goreng Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam/dulang untuk dimakan bersama-sama.
Di Dapor Warisan ,anda boleh menikmati sajian ini dengan makan beramai ramai secara berdulang (RM49.90) ataupun set individu (RM14.90) yang disediakan bersama hirisan buah buahan segar, sirap selasih / teh o' ais. 

RESTORAN DAPOR WARISAN JOHOR BAHRU (SAJIAN TRADISIONAL DI TENGAH BANDAR JOHOR YANG ENAK DAN LAZAT!)

Restoran Dapor Warisan adalah sebuah restoran yang berkonsepkan kemelayuan, tradisional dan klasik dan sentiasa berpegang kepada temanya iaitu ' Sanjungan Kepada Tradisi' . Restoran ini terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim

Dapor Warisan adalah sebuah restoran yang melayani tunas rasa dalam suasana kampung di tengah bandaraya Johor Bahru. Dapor Warisan menawarkan seleksi menu tradisi dari pelbagai daerah. Antaranya Nasi Ambeng berdulang ataupun individu , Asam Pedas Telur Tenggiri , Daging Salai , Asam Rebus , Laksa-laksa , Mi Kolok dan sebagainya. Hal ini demikian , Dapor Warisan kini telah menyediakanlebih daripada 160 sajian yang semestinya akan mencuri hati pelanggan pelanggannya.

Selain itu, restoran ini ada menyajikan pelbagai aneka lauk pauk autentik Melayu, antaranya Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Daging Salai Masak Lemak, Gado- gado, Tauhu Sumbat, Sotong Kangkung, Singgang, Lala Bening dan bermacam lagi

Seperti restoran lain, santapan tentu tidak lengkap tanpa sajian pencuci mulut. Di Dapor Warisan anda boleh menikmati pencuci mulut seperti Sagu Gula Nisan ,Buah-buahan tempatan yang segar, Kuih muih tradisional dan sebagainya.

Tidak perlu dipertikaikan lagi tetang rasa setiap sajian di sini, yang pasti, pengunjung akan pulang dengan perut kenyang dan hati senang! Harganya pula berpatutan dan berbaloi. Tidak kira datang bersama rakan ataupun keluarga yang penting anda akan menikmati sajian yang enak dan bermutu.

Bagi yang inginkan privasi apabila menjamu selera, mereka boleh memilih untuk menjamu selera di salah satu rumah limas di restoran ini yang juga sesuai untuk majlis kecil seperti resepsi majlis perkahwinan dalam suasana tradisional.

Pada hujung minggu, makan malam akan ditemani dengan persembahan kebudayaan seperti zapim , ghazal, angklong , busking dan sebagainya.



ALAMAT :Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
WAKTU OPERASI : setiap hari 12.30 pm -11.30pm
HUBUNGI : 013-7057301

















Nasi Ambeng

Nasi Ambeng  - Nasi ambeng  adalah hidangan khas  Jawa  berupa  nasi putih  yang diletakkan di atas dulang dan diberi lauk pa...