Restoran Dapor Warisan adalah sebuah restoran yang berkonsepkan kemelayuan, tradisional dan klasik dan sentiasa berpegang kepada temanya iaitu ' Sanjungan Kepada Tradisi' . Restoran ini terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100,
Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Dapor Warisan adalah sebuah restoran yang melayani tunas rasa dalam suasana kampung di tengah bandaraya Johor Bahru. Dapor Warisan menawarkan seleksi menu tradisi dari pelbagai daerah. Antaranya Nasi Ambeng berdulang ataupun individu , Asam Pedas Telur Tenggiri , Daging Salai , Asam Rebus , Laksa-laksa , Mi Kolok dan sebagainya. Hal ini demikian , Dapor Warisan kini telah menyediakanlebih daripada 160 sajian yang semestinya akan mencuri hati pelanggan pelanggannya.
Selain itu, restoran ini ada menyajikan pelbagai aneka lauk pauk autentik Melayu, antaranya Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Daging Salai Masak Lemak, Gado- gado, Tauhu Sumbat, Sotong Kangkung, Singgang, Lala Bening dan bermacam lagi
Seperti restoran lain, santapan tentu tidak lengkap tanpa sajian pencuci mulut. Di Dapor Warisan anda boleh menikmati pencuci mulut seperti Sagu Gula Nisan ,Buah-buahan tempatan yang segar, Kuih muih tradisional dan sebagainya.
Tidak perlu dipertikaikan lagi tetang rasa setiap sajian di sini, yang pasti, pengunjung akan pulang dengan perut kenyang dan hati senang! Harganya pula berpatutan dan berbaloi. Tidak kira datang bersama rakan ataupun keluarga yang penting anda akan menikmati sajian yang enak dan bermutu.
Bagi yang inginkan privasi apabila menjamu selera, mereka boleh memilih untuk menjamu selera di salah satu rumah limas di restoran ini yang juga sesuai untuk majlis kecil seperti resepsi majlis perkahwinan dalam suasana tradisional.
Pada hujung minggu, makan malam akan ditemani dengan persembahan kebudayaan seperti zapim , ghazal, angklong , busking dan sebagainya.
ALAMAT :Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
WAKTU OPERASI : setiap hari 12.30 pm -11.30pm
HUBUNGI : 013-7057301
No comments:
Post a Comment